Wednesday, November 5, 2008

Majlis Qiamullail Bersama Jawatankuasa Qaryah

Alhamdulillah, pihak jawatankuasa Qaryah Masjid Guar Kepayang yang telah selesai bermesyuarat bagi merancang pelaksanaan Majlis Qiamullail Bersama Anak-anak Qaryah yang dijadualkan akan berlansung pada 13 hb. November 2008 (Khamis malam Jumaat) akan datang.
Difahamkan majlis tersebut akan bermula pada jam 6.30 petang untuk pendaftaran di mana majlis ini juga akan disertai oleh lebih 30 orang pelajar Sek. Keb. Guar Kepayang yang akan mula bercuti akhir tahun pada keesokan harinya.

Antara tentatif yang masih dalam perancangan:

13 November 2008 (Khamis -Petang & Malam)

6.30 petang :Pendaftaran peserta (terutamanya para pelajar SKGK)

7.00 malam : Persiapan untuk solat fardhu Maghrib (Berjemaah)

>Selesai solat fardhu Maghrib : Kuliah Maghrib oleh Tuan Guru Hj Omar (Hj Mad Noh)

8.00 malam : Persiapan untuk solat fardhu I'syak (Berjemaah)

>Selesai solat fardhu I'syak : Tazkirah berkaitan Qiamullail oleh Ustaz Yusri (MRSM)

10.00 malam : Peserta minum ringan dan berehat (tidur)

14 November 2008 (Jumaat)

4.00 pagi : Peserta bangun untuk persiapan diri.

>Majlis Qiamullail dan Solat Sunat Berjemaah dipimpin oleh Ustaz Abdul Mutalib

6.00 pagi : Solat fardhu Subuh (Berjemaah)

>Kuliah Subuh oleh Ustaz Abdul Mutalib

7.00 pagi : Riadhah dan Sarapan pagi.

8.00 pagi : Bersurai

Mudah-mudahan majlis ini nanti akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dan untuk makluman anak qaryah, pihak Jawatankuasa Masjid Guar Kepayang telah bercadang untuk mengeluarkan peruntukan perbelanjaan untuk makanan sebanyak RM500.00 untuk digunakan sepanjang majlis Qiamullail ini berlangsung.

Besarlah harapan kami, semoga Tuan/Puan anak Qaryah Masjid Guar Kepayang sekelian dapat bersama-sama untuk menjayakan majlis Qiamullail ini nanti. Biarpun pihak masjid telah dan akan menghebah serta membuat pengumuman pada hari Jumaat lalu dan Jumaat akan datang, tetapi sekiranya tanpa kesedaran dan komitmen anak-anak qaryah sekelian, semua ini belum tentu dapat dimanfaatkan untuk kita semua.


Sumber: Masjid GK

No comments: